Maksud pemimpin ialah ketua atau orang yang bertanggungjawab, memimpin sesebuah negara, negeri, daerah, kampung, kumpulan, persatuan, keluarga, dan sebagainya contohnya raja, menteri, ketua kampung, ketua kelas, guru kelas dan sebagainya.
ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN
Memberi kerjasama.
Menghormati dan menyayangi.
Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga.
Menjaga maruah pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk memimpin.
DALIL TAAT KEPADA PEMIMPIN
Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemimpin daripada kalangan kamu, kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Al-Quran dan Sunnah jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat, yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya.
FADHILAT BERADAB DENGAN PEMIMPIN
Memenuhi tuntutan agama.
Dikasihi Allah dan Rasul.
Negara akan selamat dan aman daripada ancaman musuh.
Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA PEMIMPIM
Mendapat kemurkaan Allah.
Memburukkan imej negara.
Melemahkan semangat pemimpin untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.
Mengagalkan perancangan dibuat oleh pemimpin untuk kebaikkan rakyat.
No comments:
Post a Comment