Thursday, 21 July 2011

ADAB KETIKA BEKERJA


ADAB KETIKA BEKERJA

Tidak mengabaikan ibadat.
Niat mencari rezeki kerana Allah.
Menepati masa dan saling bantu membantu.
Menutup aurat dan berpakaian kemas.



DOA SEBELUM BEKERJA

Maksudnya:Ya Allah,aku memohon kepadamu kebaikkan pekerjaan ini dan segala kebaikkan yang ada didalamnya dan aku berlindung padamu daripada keburukkan pekerjaan ini dan segala keburukkan yang ada didalamnya.Sesungguhnya diatas segala sesuatu itu engkaulah yang maha berkuasa.




DALIL TUNTUTAN BEKERJA



Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu perkara dia melakukannya dengan tekun.




PERKARA YANG DILARANG KETIKA BEKERJA


Suka menfitnah.
Berpakaian tidak sopan.
Sering mengabaikan tugas.
Tidak menepati masa dan tidak berdisplin.




FADHILAT BERADAB KETIKA BEKERJA 


Mendapat rezeki yang halal.
Mewujudkan situasi kerja yang selesa.
Mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.
Terhindar daripada melakukan perkara yang buruk.




AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BEKERJA 


Mendapat kemurkaan dari Allah.
Kerja tidak berkualiti.
Menyusahkan pelanggan.
Menghalang kemajuan negara.
















ADAB BERMAIN


ADAB-ADAB SEBELUM BERMAIN


Bersalaman sesama rakan.
Alat permainan sesuai dan selamat.
Tempat bermain itu sesuai dan selamat.
Semua pemain memahami peraturan permainan.



ADAB-ADAB SEMASA BERMAIN

Semangat kesukanan.
Mengikut peraturan.
Berpakaian menutup aurat.
Hendaklah menjaga perasaan marah.



ADAB-ADAB SELEPAS BERMAIN

Tidak menyimpan dendam.
Menyimpan semula peralatan ditempatnya.
Menerima keputusan pengadil dengan redha.
Bermaaf-maafan antara satu sama lain.




PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERMAIN

Melarang peraturan permainan.
Tiada semangat berpasukan.
Menimbulkan suasana tegang.
Perilaku yang tidak sopan.



FADHILAT BERADAB KETIKA BERMAIN

Melahirkan sifat sabar.
Dapat menambah kenalan.
Melatih displin diri.
Hormat menghormati antara rakan.



AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERMAIN

Mencemarkan maruah diri.
Melemahkan semangat kesukanan.
Hilang tumpuan semasa bermain.
Menimbulkan pergaduhan dan permusuhan.

PEMIMPIN


PENGERTIAN PEMIMPIN

Maksud pemimpin ialah ketua atau orang yang bertanggungjawab, memimpin sesebuah negara, negeri, daerah, kampung, kumpulan, persatuan, keluarga, dan sebagainya contohnya raja, menteri, ketua kampung, ketua kelas, guru kelas dan sebagainya.


ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN

Memberi kerjasama.
Menghormati dan menyayangi.
Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga.
Menjaga maruah pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk memimpin.


DALIL TAAT KEPADA PEMIMPIN

Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemimpin daripada kalangan kamu, kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Al-Quran dan Sunnah jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat, yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya.


FADHILAT BERADAB DENGAN PEMIMPIN

Memenuhi tuntutan agama.
Dikasihi Allah dan Rasul.
Negara akan selamat dan aman daripada ancaman musuh.
Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.


AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA PEMIMPIM

Mendapat kemurkaan Allah.
Memburukkan imej negara.
Melemahkan semangat pemimpin untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.
Mengagalkan perancangan dibuat oleh pemimpin untuk kebaikkan rakyat.